Persatuan Hoki Batang Padang

Persatuan Hoki Batang Padang
PSKPP

Thursday 19 November 2015

Anugerah Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Batang Padang 2015

Pada hari Rabu, 18 November 2015, Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang telah menganjurkan Anugerah Unit Pembangunan Kemanusiaan 2015 bertempat di SK Choong Hua 2 Bidor untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada mereka yang menyumbang bakti kepada PPD Batang Padang. Ramai diantara ahli Persatuan Hoki Batang Padang telah diangkat pada majlis tersebut. Tahniah di atas kejayaan dan diharap usaha mereka ini dapat dipertingkatkan untuk memajukan arena hoki daerah.








Thursday 5 November 2015

Perlawanan Persahabatan

Pada Oktober 2015, satu perlawanan persahabatan diantara PSKPP Batang Padang dan PSKPP Cameron Highland telah berlangsung di Padang 2 Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh. Perlawanan ini adalah rangka persiapan pasukan PSKPP Cameron Highland untuk menghadapi PSKPP negeri Pahang. Pasukan PSKPP adalah Johan bertahan bagi PSKPP negeri Pahang dan PSKPP Batang Padang tidak memberi laluan mudah kepada pasukan lawan yang ternyata berada pada kelas yang tersendiri.

Diharap banyak lagi perlawanan persahabatan seperti ini dapat dianjurkan agar dapat mengeratkan persaudaraan di kalangan pemain hoki serta dapat melakukan aktiviti sihat.

Ini adalah antara aksi pemain sekitar perlawanan tersebut;








Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Negeri Perak

Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran atau dikenali sebagai PSKPP telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Oktober hingga 3 Oktober 2015 di Stadium Hoki Sultan Azlan, Ipoh. Pasukan hoki Batang Padang seperti biasa dikalungkan pingat namun pada edisi kali ini pingatnya hanyalah gangsa. Walaubagaimanapun sekalung tahniah kepada pasukan hoki kerana berjuang sehabis baik dengan attacking play yang berbisa dan defending yang mantap. Diharap pada tahun hadapan pasukan ini dapat mempertingkatkan usaha agar dapat kembali ke kedudukan No.1

Berikut merupakan gelagat dan suka duka pemain pasukan sepanjang kejohanan;




Kursus Kepengadilan

Pada hari Selasa, 6 Oktober 2015 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, telah diadakan Kursus Ujian Teori Kepengadilan bagi mereka yang akan mengambil Ujian Teori Pengadil MHC bagi tahun 2015. Kursus ini disampaikan oleh pengadil berpengalaman En. Jaswant Singh. Kursus ini melibatkan mahasiswa UPSI dan beberapa orang ahli persatuan hoki batang padang. Kami mendoakan agar semua yang mengambil ujian ini lulus dan dapat berkhidmat sebagai pengadil MHC pada suatu hari nanti..






Perak Hockey Association Cup (PHA Cup) 2015

Pada 12 dan 13 September 2015, Persatuan Hoki Perak telah menganjurkan Kejohanan PHA Cup bertempat di Stadium Sultan Azlan Shah. Persatuan Hoki Batang Padang menghantar 2 pasukan bawah 11tahun dan 1 pasukan bawah 14 tahun ke kejohana tersebut. Pasukan Bawah 11 tahun Batang Padang telah mendapat tempat kedua setelah tewas kepada daerah Kerian pada aksi final.

Tahniah diucapkan kepada setiap pemain dan pegawai yang terlibat ke kejohanan tersebut. Teruskan usaha dan jangan berputus asa.





Tuesday 3 November 2015

Ahli Jawatankuasa Persatuan Hoki Batang Padang 2015 - 2018

Berikut merupakan ahli jawatan kuasa baru bagi Persatuan Hoki Batang Padang bagi sesi 2015 hingga 2018. Diharap kepimpinan yang diterajui oleh Tn Hj Sahlan dapat merancakkan semula sukan hoki Batang Padang seterusnya menggapai kegemilangan yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN HOKI BATANG PADANG

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Selamat datang ke blog Persatuan Hoki Batang Padang. Laman ini diwujudkan untuk memberikan informasi semasa berkaitan sukan hoki khasnya di daerah Batang Padang dan seluruh Malaysia amnya. Bagi mereka yang belum tahu dimanakah daerah ini, daerah Batang Padang terletak di Perak yang meliputi kawasan dari Tapah sehingga Tanjong Malim.

Diharap blog ini sedikit sebanyak dapat memberi maklumat berguna kepada peminat sukan hoki di luar sana. Sekiranya ada yang ingin berkongsi maklumat bolehlah dikongsikan di hokibatangpadang@gmail.com

Sekian Terima Kasih......